SALAM TAKZIM





Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, syukur alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T yang masih memberikan kesihatan dan kekuatan dalam mengharungi perjalanan ini. Sebagai pembuka kata dalam laman blog ini, izinkan saya perkenal diri. Nama diberi Muhammad Aqil Bin Sharullizam dan lebih mesra dengan panggilan Aqil. Ya, nama yang agak ringkas tetapi memikul makna yang besar. Jika ditanya mengenai umur, biarlah menjadi tekaan sahabat sekalian sahaja. Walaupun sekadar insan biasa yang kurang dikenali, tetapi memendam sebuah impian yang ingin dicapai.

Terasa kerdil sebenarnya untuk menulis, kerana pencapaian diri tidaklah sehebat insan lain. Akan tetapi, samarinda kehidupan memaksa diri untuk sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik khasnya pada diri sendiri. Bermulanya tanpa apa-apa perancangan yang jelas sejak dari kecil. Tidak pernah terlintas pun dihati ingin menuju ke menara gading. Syukur pada tuhan empunya segalanya kerana telah memberi peluang bagi insan kerdil ini untuk meneruskan pengajian. Alhamdulillah, minat yang dulunya dipupuk, kini dapat berkembang lagi apabila sah bergelar sebagai mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan oktober 2020 yang lalu. Insyaallah, akan dipasang dengan segala keazaman dalam diri untuk terus menuntut ilmu walau ranjaunya seluas lautan samudera. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOCHAI?

DISEBALIK CENGKERAN

DALAM INGATAN