ARENA ILMU



    Alhamdulillah, antara naskah yang sangat dinantikan bagi semua khalayak pembaca. Bertuah rasanya apabila dapat memiliki buku ini. Pengajian semester ini membolehkan saya meneliti karya-karya kreatif yang dihasilkan oleh golongan professional daripada pelbagai bidang pekerjaan. Kepelbagaian dalam proses penghasilan karya ini secara tidak langsung memberi inspirasi kepada diri untuk menghasilkan sebuah cerpen. Dalam penulisan buku ini, saya tertarik untuk membaca salah sebuah cerpen yang dikarang oleh Rebecca Ilham. Penulisan beliau yang bertajuk “Rumah” telah memanggil saya untuk meneroka dan mendalami penceritaan beliau ini. Cerpen ini bertemakan kejuruteraan di mana beliau mengetengahkan watak seorang jurutera yang menghadapi pelbagai ragam serta karenah masyarakat yang ingin melakukan aktiviti pengubahsuaian rumah. 

    Pengarang juga menjelaskan di dalam karyanya tentang tanggapan dan reaksi masyarakat terhadap seorang jurutera. Watak seorang jurutera yang digarapkan di dalam cerpen 'Rumah' telah memperjelaskan peranannya sebagai seorang pengubah suai kediaman dan bukannya seorang pembina rumah. Pengarang juga mengetengahkan isu berkaitan dengan suasana rumah masa kini yang tidak lagi sama dengan masyarakat dahulu. Ditegaskan lagi dengan gambaran masyarakat yang tidak lagi berkeluarga besar serta mengamalkan cara hidup kontemporari. Masyarakat masa kini berpandangan bahawa rumah-rumah lama sudah tidak sesuai lagi untuk didiami oleh kerana reka bentuknya yang bercorak tradisional. 

    Melihat kepada bidang kejuruteraan ini, telah berlakunya kekeliruan masyarakat terhadap seseorang yang bekerja sebagai petukang rumah dan juga kontraktor rumah. Walaupun daripada skop pekerjaan tidak melihatkan perbezaan yang ketara, namun kemahiran dan pengkhususan kerja mereka tidak sama. Petukang merupakan seorang yang mahir dalam sesuatu pengkhususan dan mereka bekerja secara bebas tanpa berdaftar dengan mana-mana syarikat binaan secara rasmi. Berbeza dengan kontraktor rumah, kebanyakkannya telah berdaftar dan dikawal selia oleh badan kerajaan. 



 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOCHAI?

DISEBALIK CENGKERAN

DALAM INGATAN