ROH

 

Filem seram merupakan salah satu genre yang sangat dinanti oleh rata-rata peminat di seluruh pelusuk negara. Acap kali didengar apabila industri perfileman tanah air menghasilkan filem seram, para peminat filem semestinya akan memberi kritikan yang kurang memberangsangkan. Mungkin beberapa filem seram yang diketengahkan terlalu klise sehingga kurang mendapat sambutan para peminat. Berbeza dengan filem seram di luar negara, kebanyakkanya berjaya membawa unsur seram tersebut dengan baik sehingga meninggalkan kesan kepada penonton. Tidak juga dinafikan bahawa terdapatnya beberapa filem seram Malaysia yang mampu memuaskan hati para peminat contohnya filem Roh.

Seperti yang diperlihatkan, filem ini merupakan filem pertama yang ditayangkan setelah negara menghadapi pendemik Covid-19. Filem arahan Emir Ezwan ini sememangnya unik dan berbeza dengan filem-filem seram yang pernah diterbitkan sebelum ini. Menurut temu bual yang dijalankan oleh wartawan, filem ini tidak menelan perbelanjaan yang besar dengan kos sebanyak tiga ratus ribu ringgit sahaja. Lebih menarik lagi, filem ini hanya dibintangi oleh enam orang pelakon sahaja. Satu perkara yang sangat unik kerana kebanyakkan filem pasti akan mengemukakan barisan pelakon yang ramai bagi menghidupkan plot cerita.

Perjalanan filem ini sangat memukau kerana mempunyai sinematografi yang sangat baik. Pembawaan watak dan jalan cerita filem ini sedikit sebanyak membawa saya ke arah sebuah dimensi yang baru. Sangat mengujakan apabila istilah “Roh” itu diketengahkan bagi menarik minat penonton untuk menghayati perjalanan filem ini. Di dalam al-Quran, Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Isra ayat 85 yang membawa maksud Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". 

Para ulama banyak menafsirkan ayat ini dan antaranya daripada Imam Fakhruddin Al-Razi, beliau mengatakan bahawa Allah SWT ingin menjelaskan bahawa akal manusia terhad dan tidak mampu untuk mengetahui lebih terutamanya berkaitan dengan roh. Justeru itu, sebagai hamba Allah, kita harus mengetahui bahawa setiap perkara yang terjadi mempunyai hikmahnya yang tersendiri.  Segalanya adalah untuk mengingatkan umat manusia akan kekuasaan Allah S.W.T dan juga hari akhirat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOCHAI?

DISEBALIK CENGKERAN

DALAM INGATAN