Alangkah terkejut rasanya apabila pertama kali atok mengatakan dia hendak membeli beberapa batang kayu yang dikenali sebagai kayu kochai. Aneh sekali namanya dan apa yang lebih mencurigakan apabila istilah ini tidak tertera di mana-mana kamus termasuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Kebanyakkan hasil carian hanya menunjukkan rupa kayu tersebut sahaja. Namun, istilah ini sangat popular dalam kalangan petukang rumah terutamanya petukang lama. Menurut atok, istilah kochai itu sering kali digunakan oleh orang cina untuk menggambarkan kayu ini.Walaubagaimanapun, nama rasmi bagi kayu ini adalah kayu Meranti. Kayu ini mempunyai pelbagai kegunaannya dan merupakan bahan binaan yang penting untuk membangunkan setiap bahagian rumah.
Ulasan
Catat Ulasan