KERINGAT MEMBANTING TULANG
Seminggu
berlalu seperti seputar angin, tidak disangka bahawa cuti semester sudah
semakin berlalu pergi. Namun begitu, atas hasrat bonda tersayang tetap kuat
bersama atuk dan adik-adik dalam usaha membesarkan dapur rumah. Pada awal kami
sekeluarga mendiami rumah ini sejak tahun 2004, segalanya belum pernah diubah
suai. Keadaanya sama seperti pertama kali ia dibeli. Walaupun asasnya tidak
semewah dan sebesar yang lain, akan tetapi meninggalkan seribu satu kenangan
disini. Berukuran hanya 20 kali 70 kaki, akhirnya bonda bernekad ingin
membesarkan sedikit bagi melapangkan lagi kawasan rumah. Tambahan pula pada
ketika ini ayahanda tidak lagi mampu bergerak seperti biasa menyebabkan kami
perlu menyediakan laluan yang lapang bagi membolehkan kerusi rodanya bergerak
di seluruh rumah. Mungkin ada yang bertanya, mengapa perlu bersusah melakukan sendiri?
Bukanlah sekadar mahu menjimatkan kos perbelanjaan, tapi ingin mengambil
peluang untuk berguru dengan insan yang digelar atok. 👴
Ulasan
Catat Ulasan