Catatan

KOCHAI?

Imej
      Alangkah terkejut rasanya apabila pertama kali atok mengatakan dia hendak membeli beberapa batang kayu yang dikenali sebagai kayu kochai. Aneh sekali namanya dan apa yang lebih mencurigakan apabila istilah ini tidak tertera di mana-mana kamus termasuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Kebanyakkan hasil carian hanya menunjukkan rupa kayu tersebut sahaja. Namun, istilah ini sangat popular dalam kalangan petukang rumah terutamanya petukang lama. Menurut atok, istilah kochai itu sering kali digunakan oleh orang cina untuk menggambarkan kayu ini. Walaubagaimanapun, nama rasmi bagi kayu ini adalah kayu Meranti. Kayu ini mempunyai pelbagai kegunaannya dan merupakan bahan binaan yang penting untuk membangunkan setiap bahagian rumah. 

DISEBALIK CENGKERAN

Imej
      Syukur kehadrat ilahi atas kekuatan dan kelapangan masa yang diberikan untuk membesarkan cengkeran ini. Mungkin sahabat semua tertanya-tanya, apakah itu cengkeran? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, cengkeran membawa makna dapur kecil. Terzahirnya satu kepuasan di dalam hati apabila terbinanya kawasan ini. Penulis berpandangan bahawa kawasan dapur merupakan bahagian terpenting bagi sesebuah rumah. Kawasan dapur banyak mengajarkan kita akan kepentingan hubungan kekeluargaan. Jika dilihat, dapur merupakan tempat untuk kaum wanita khususnya kaum ibu dalam mencurahkan air tangan mereka. Dengan terbinanya kawasan ini, maka kaum ibu akan berasa sangat senang dan lapang untuk memasak khasnya bagi insan tersayang.      Kemajuan yang dikecapi masa ini telah membuatkan peranannya kurang mendapat perhatian. Hal ini kerana masyarakat tidak lagi menghabiskan masa untuk makan di rumah bersama keluarga. Kesibukkan harian memaksa segelintir masyarakat untuk melakukan...

ROH

Imej
  Filem seram merupakan salah satu genre yang sangat dinanti oleh rata-rata peminat di seluruh pelusuk negara. Acap kali didengar apabila industri perfileman tanah air menghasilkan filem seram, para peminat filem semestinya akan memberi kritikan yang kurang memberangsangkan. Mungkin beberapa filem seram yang diketengahkan terlalu klise sehingga kurang mendapat sambutan para peminat. Berbeza dengan filem seram di luar negara, kebanyakkanya berjaya membawa unsur seram tersebut dengan baik sehingga meninggalkan kesan kepada penonton. Tidak juga dinafikan bahawa terdapatnya beberapa filem seram Malaysia yang mampu memuaskan hati para peminat contohnya filem Roh. Seperti yang diperlihatkan, filem ini merupakan filem pertama yang ditayangkan setelah negara menghadapi pendemik Covid-19. Filem arahan Emir Ezwan ini sememangnya unik dan berbeza dengan filem-filem seram yang pernah diterbitkan sebelum ini. Menurut temu bual yang dijalankan oleh wartawan, filem ini tidak menelan perbelanjaan ...

ABDUR RAZAK GURNAH

Imej
  Hadiah Nobel atau disebut sebagai Nobel Prize merupakan salah sebuah anugerah yang tidak asing lagi dalam kalangan para ilmuan. Hadiah ini diberikan kepada para ilmuan yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam penyelidikan yang mampu diaplikasikan dalam sesebuah bidang ilmu. Anugerah ini merupakan penghargaan bagi menghargai sumbangan mereka dalam mencipta sebuah teknik atau penyelidikan baru yang berimpak tinggi. Hadiah ini lazimnya akan diberikan pada setiap tahun kepada para ilmua yang terpilih, namun diingatkan bahawa anugerah ini bukanlah salah sebuah peraduan atau pertandingan bagi menentukan pemenang. Malah anugerah ini lebih daripada sebuah hadiah kerana mempunyai matlamat dan falsafahnya yang tersendiri. Hadiah ini diwujudkan bagi membantu seluruh masyarakat dalam membina kehidupan yang baik sepanjang masa.             Pada era modenisasi ini, anugerah ini tetap gah dengan memilih seorang tokoh kesusasteraan I...

ARENA ILMU

Imej
     Alhamdulillah, antara naskah yang sangat dinantikan bagi semua khalayak pembaca. Bertuah rasanya apabila dapat memiliki buku ini. Pengajian semester ini membolehkan saya meneliti karya-karya kreatif yang dihasilkan oleh golongan professional daripada pelbagai bidang pekerjaan. Kepelbagaian dalam proses penghasilan karya ini secara tidak langsung memberi inspirasi kepada diri untuk menghasilkan sebuah cerpen. Dalam penulisan buku ini, saya tertarik untuk membaca salah sebuah cerpen yang dikarang oleh Rebecca Ilham. Penulisan beliau yang bertajuk “ Rumah ” telah memanggil saya untuk meneroka dan mendalami penceritaan beliau ini. Cerpen ini bertemakan kejuruteraan di mana beliau mengetengahkan watak seorang jurutera yang menghadapi pelbagai ragam serta karenah masyarakat yang ingin melakukan aktiviti pengubahsuaian rumah.      P engarang juga menjelaskan di dalam karyanya tentang tanggapan dan reaksi masyarakat terhadap seorang jurutera. Watak seorang jur...

TAKDIR

Imej
  Sumber: Berita Awani           Malang sememangnya tidak berbau. Tidak mengenal siapa dan di mana. Itulah lumrah dalam kehidupan yang mana akan menerima pelbagai ujian dalam mencari rezeki. Bersabarlah sebagai umat manusia, setiap yang hidup pasti akan merasai nikmatnya kesihatan dan begitu juga kesakitan. Lumrah dalam alam pekerjaan, semestinya kita akan menghadapi pelbagai situasi yang merbahaya dan berisiko tinggi. Apatah lagi pekerjaan tersebut melibatkan keselamatan diri dan orang di sekililing. Melihat kepada tajuk laporan ini, sayu hati apabila mendengar kemalangan-kemalangan yang berlaku di tempat kerja khususnya di kawasan pembinaan. Tapak pembinaan sememangnya mempunyai risiko yang sangat tinggi apabila tidak mengutamakan keselamatan diri. Namun hakikatnya, walaupun langkah keselamatan telah diambil akan tetapi masih berlaku juga perkara yang tidak diingini. 

SYURGA YANG FANA

Imej
       Hasil tangan akan lebih memuaskan jika dibandingkan dengan mengupah orang. Itulah ungkapan daripada seorang petukang lama yang masih gagah membanting tenaga. Tersirat urat di tangannya melambangkan dia seorang yang cukup keras dalam bekerja. Bukan sahaja di rumah ini, malah sudah pelbagai jenis rumah telah dibinanya. Dia juga berpesan bahawa jadilah seorang lelaki yang tahu dalam menguruskan rumah sendiri. Rumah yang diuruskan dengan keringat sendiri akan membawa makna yang penuh sentimental. Hal ini kerana rumah merupakan syurga bagi setiap penghuninya. Apabila ditimpa masalah atau mencari tempat untuk merehatkan diri daripada kesibukkan dunia, rumah adalah tempat yang terbaik. Segala kekusutan pasti dapat dikurangkan apabila kita berada di rumah apatah lagi bersama keluarga tersayang.