ABDUR RAZAK GURNAH

 

Hadiah Nobel atau disebut sebagai Nobel Prize merupakan salah sebuah anugerah yang tidak asing lagi dalam kalangan para ilmuan. Hadiah ini diberikan kepada para ilmuan yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam penyelidikan yang mampu diaplikasikan dalam sesebuah bidang ilmu. Anugerah ini merupakan penghargaan bagi menghargai sumbangan mereka dalam mencipta sebuah teknik atau penyelidikan baru yang berimpak tinggi. Hadiah ini lazimnya akan diberikan pada setiap tahun kepada para ilmua yang terpilih, namun diingatkan bahawa anugerah ini bukanlah salah sebuah peraduan atau pertandingan bagi menentukan pemenang. Malah anugerah ini lebih daripada sebuah hadiah kerana mempunyai matlamat dan falsafahnya yang tersendiri. Hadiah ini diwujudkan bagi membantu seluruh masyarakat dalam membina kehidupan yang baik sepanjang masa.

            Pada era modenisasi ini, anugerah ini tetap gah dengan memilih seorang tokoh kesusasteraan Inggeris yang banyak menabur sumbangan dalam pengkaryaanya. Beliau adalah Abdur Razak Gurnah yang merupakan seorang pengarang yang berketurunan Arab Zanzibar. Beliau dilahirkan di sebuah daerah Afrika Timur yang dikenali sebagai Tanzania. Menerima pendidikan dalam bidang sastera Arab, kebanyakkan karya beliau telah membuka pandangan seluruh masyarakat khususnya masyarakat Islam. Karya yang telah dihasilkan sangat berbeza dengan sasterawan Islam yang lain dimana beliau telah mengetengahkan pemikiran Islam serta menggabungkannya dengan nuansa pascakolonisme. Semasa penganugerahan ini, beliau diberi kesempatan untuk merakamkan ucapannya di dalam sebuah video.

            Menurut beliau, menulis adalah sesuatu yang sangat menyenangkan. Sejak daripada zaman persekolahan, beliau telah mula melatih dirinya untuk menulis pelbagai perkara. Oleh disebabkan itu, beliau mengatakan bahawa menulis mampu membuatkannya merasai sebuah keseronokkan. Apabila menjadi seorang guru, beliau ingin para pelajarnya merasai pengalaman dan keseronokkan dalam menulis. Dalam rakaman ini, beliau sempat berkongsikan beberapa bait puisi daripada D.H. Lawrence yang bertajuk The Best Of School. Puisi ini seolah-olah mengingatkan beliau akan situasi yang dihadapinya sewaktu bergelar seorang guru. Dalam perjalanan beliau sebagai seorang penulis, pelbagai pengalaman pahit dan manis telah diamati olehnya. Beliau juga berkongsi akan  zaman mudanya yang banyak menghabiskan masa dengan membaca buku sehingga lewat malam sehingga ditegur oleh ayahnya.

            Setibanya beliau di England, maka bermulah kisah baru dalam lembaran hidupnya. Sebagai orang asing yang terpaksa menerima kebiasaan budaya baru di negara orang, beliau terpaksa mencari jalan untuk membiasakan diri dengan cara hidup serta masalah sosial yang berlaku di England. Pada ketika ini, beliau banyak melalui pelbagai konflik besar yang berlaku contohnya revolusi pada tahun 1964 yang mana terjadinya rampasan kuasa. Pelbagai penahanan, pembunuhan dan penindasan telah dilakukan semata-mata ingi memenuhi matlamat dan kepentingan diri. Disebabkan perkara tersebut, maka beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke England. Masalah tersebut tidak berlaku di sana, namun fikiran beliau melayang sehingga memikirkan nasib mereka.  Beliau juga menceritakan tentang isu penjajahan dan keganasan yang berlaku telah memupuk lagi semangat beliau untuk terus menulis.

Pelbagai pengaruh penjajah telah mempengaruhi setiap lapisan masyarakat yang akhirnya membawa kesan buruk kepada negara dan generasinya. Akan tetapi, beliau menerusi setiap penulisannya akan sentiasa mengingatkan masyarakat akan sejarah buruk yang pernah menimpa diri dan juga negaranya. Perkara tersebut adalah untuk menjadikan sesebuah masyarakat itu memahami akan penindasan dan kezaliman yang pernah dilakukan oleh puak-puak penjajah dan golongan atasan. Kesan daripada kecelaruan tersebut, masyarakat termasuk dirinya terpaksa melarikan diri daripada tanah kelahirannya demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOCHAI?

DISEBALIK CENGKERAN

DALAM INGATAN