DISEBALIK CENGKERAN
Syukur kehadrat ilahi atas kekuatan dan kelapangan masa yang diberikan untuk membesarkan cengkeran ini. Mungkin sahabat semua tertanya-tanya, apakah itu cengkeran? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, cengkeran membawa makna dapur kecil. Terzahirnya satu kepuasan di dalam hati apabila terbinanya kawasan ini. Penulis berpandangan bahawa kawasan dapur merupakan bahagian terpenting bagi sesebuah rumah. Kawasan dapur banyak mengajarkan kita akan kepentingan hubungan kekeluargaan. Jika dilihat, dapur merupakan tempat untuk kaum wanita khususnya kaum ibu dalam mencurahkan air tangan mereka. Dengan terbinanya kawasan ini, maka kaum ibu akan berasa sangat senang dan lapang untuk memasak khasnya bagi insan tersayang. Kemajuan yang dikecapi masa ini telah membuatkan peranannya kurang mendapat perhatian. Hal ini kerana masyarakat tidak lagi menghabiskan masa untuk makan di rumah bersama keluarga. Kesibukkan harian memaksa segelintir masyarakat untuk melakukan...