SENI PERTUKANGAN YANG HILANG?
Bicara mengenai bidang pertukangan, semestinya ramai antara kita yang terpinga apabila mendengarnya. Walaupun tidak asing dalam alam kehidupan, namun tidak semua mampu untuk menggunakan cangkul dengan caranya. Katanya, pertukangan bukan sekadar memahat, memaku, dan mencangkul. Akan tetapi besar falsafahnya kerana segala keringat yang dicurahkan pasti akan terbalas apabila senyuman mampu diukirkan pada wajah empunya teratak. Pertukangan juga punya seninya, bukan sekadar kekuatan yang ditagihkan, malah kesempurnaan dan ketelitian perlu diutamakan.