SYURGA YANG FANA
Hasil tangan akan lebih memuaskan jika dibandingkan dengan mengupah orang. Itulah ungkapan daripada seorang petukang lama yang masih gagah membanting tenaga. Tersirat urat di tangannya melambangkan dia seorang yang cukup keras dalam bekerja. Bukan sahaja di rumah ini, malah sudah pelbagai jenis rumah telah dibinanya. Dia juga berpesan bahawa jadilah seorang lelaki yang tahu dalam menguruskan rumah sendiri. Rumah yang diuruskan dengan keringat sendiri akan membawa makna yang penuh sentimental. Hal ini kerana rumah merupakan syurga bagi setiap penghuninya. Apabila ditimpa masalah atau mencari tempat untuk merehatkan diri daripada kesibukkan dunia, rumah adalah tempat yang terbaik. Segala kekusutan pasti dapat dikurangkan apabila kita berada di rumah apatah lagi bersama keluarga tersayang.